Friday, November 6, 2009

Monday, July 6, 2009

Zikir dan Doa Mententeramkan Jiwa

Salam sejahtera beserta limpah rahmat Ilahi,
Diiringi kasih sayang kerana Allah;
Khusus buat puteri-puteri Islam sejati!

Segala puji dan puja kita tujukan hanya untuk Allah, Rabb dan Ilah yang berhak dan wajib disembah. Di dalam kekuasaanNya terletak segala daya dan upaya.Tidak ada kekuatan selain dari kekuatanNya. Hanya kepadaNya kita memohon dan bergantung harap. Hanya dengan keizinan dan perkenanNya jua kita masih dipertemukan dalam siri tazkirah(peringatan) yang diharapkan menjadi bekalan sepanjang hayat. Di kesempatan kali ini, mari sama-sama kita meneliti bekalan seterusnya;

Bekalan ke 4: Zikir dan Doa Mententeramkan Jiwa
Puteri-puteri harapan!

Betapa pun sibuknya aktiviti kehidupan kita setiap hari, jauh di sudut hati kita perlukan saat-saat bersendiri yang tenang. Namun, awas! Usah dibiarkan hati kita kosong dan mengelamun dengan sia-sia. Keadaan sedemikian memberikan ruang untuk syaitan menyelinap memasuki ruang hati..., membisik dan memperdayakan kita. Nauzubillah! Sewajarnya kalian sentiasa meletakkan hati dalam keadaan peka terhadap ayat-ayat Allah;

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama Allah), zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang”. (QS Al-Ahzab: 41-42)

Wahai puteri-puteriku yang sentiasa berfikir,
Mengapakah kita perlu berzikir?
Ketahuilah puteri-puteriku, antara faedah berzikir;

Diri rasa hampir dengan Allah dan jiwa rasa tenteram,
Merasa selamat kerana Allah sentiasa bersama hambaNya yang ingat padaNya,
Dengan menyebut salah satu nama dan sifat Allah yang Maha Mulia, meninggalkan kesan istimewa dalam jiwa dan mendorong kita berusaha menghiasi diri dengan sifat-sifat yang menepati asma’ Allah,
Apabila berzikir, syaitan lari jauh bersama was-was dan prasangka yang dibawanya,
Dengan berzikir kita sentiasa dilimpahi rahmat dan sakinah (ketenangan)

Puteri-puteriku;
Sekiranya kita terlalai dari berzikir, syaitan akan mendorong kita melakukan maksiat serta berbagaikan kejahatan lain. Sedangkan selagimana kita berzikir, kita dikelilingi malaikat juga di dalam lindungan Allah. Pada hakikatnya, zikir yang kita praktikan tidak sekadar ungkapan di lidah saja, malahan yang utama zikir itu berpusat di hati. Kemudian akan terungkap pada lisan. Seterusnya mengalir pada anggota pancaindera lain secara menyeluruh;

Lidah akan hanya menyebut perkara yang baik saja.
Mata hanya akan memandang yang halal dan digalakkan.
Telinga hanya akan mendengar yang dibolehkan dan diredhai Allah.
Tangan hanya akan bergerak melakukan kebaikkan.
Kaki tidak akan bergerak menuju maksiat dan kemungkaran.
Otak tidak akan memikirkan hal-hal yang diharamkan.
Hati hanya mengingati Allah dan berazam terus menerus melakukan perkara-perkara yang diredhai Allah.
Puteri-puteriku yang dikasihi kerana Allah,

Renungkan sedalam-dalamnya... Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menciptakan kita dengan anugerah berbagai bentuk nikmat meliputi langit dan bumi, Disediakan pula petunjuk ke jalan kebenaran dan keredhaanNya. Wajarkah ada sesuatu yang lain yang lebih utama kita sebut dan ingati dalam setiap detik denyutan nadi kita?

Ketahuilah puteri-puteriku,
Allah sentiasa memuji orang-orang yang beriman di dalam firmanNya;

“Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka”. (QS Al-Imran:191)

Renungi juga firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 28:

“Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram”.

Justru itu bersungguh-sungguhlah membiasakan lidah kalian dengan zikrullah dalam apa jua keadaan. Sewaktu kalian makan, minum, memakai pakaian, hendak tidur, bangun tidur, dalam perjalanan maupun ketika berlajar atau bekerja. Elakkan satu saat yang berlalu begitu sahaja tanpa zikrullah. Pastikan setiap saat terisi zikrullah demi memperolehi bekalan taqwa serta rahmat dan keampunan Allah.

Seterusnya puteri-puteriku,

Seperkara lagi yang tidak sepatutnya kita lupa dan abaikan ialah keperluan untuk berdoa. Kerelaan hati kita untuk sentiasa berdoa merupakan bukti kesedaran diri kita yang mengakui fakir dan dhaif juga sangat memerlukan kurnia Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya. Sebaliknya keengganan berdoa menggambarkan kesombongan diri dari pergantungan dan pengharapan kepada Allah. Oleh itu semestinyalah kita sentiasa bersungguh-sungguh dalam memanjatkan doa dengan menyedari segala anugerah dan kekuasaan berada dalam ketentuan Allah. Dengannya kita akan beroleh bekalan berterusan di sepanjang hayat. Salah satu anugerah terbesar dari Allah untuk hamba-hambaNya ialah janjiNya memperkenankan doa , apabila kita berdoa kepadaNya. Ini bertepatan dengan maksud firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60;

“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka dalam keadaan hina dina”.

Puteri-puteriku yang sentiasa mengharapkan rahmat Ilahi,
Sentiasa ibu doakan agar kalian terus menerus menjaga hubungan hati dengan Allah demi meraih bekalan yang barakah. Setiap diri yang sentiasa berdoa, akan merasai faedah dan kelebihan yang Allah anugerahkan;

Mendapat ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.
Tidak mudah menyerah kalah, rasa kecewa dan putus asa.
Beroleh perisai diri yang mampu menghadapi berbagai tekanan.
Sentiasa dipermudahkan menghadapi apa jua masalah.
Menguatkan iman dan tawakkal kepada Allah.
Dapat memelihara diri dari perbuatan sia-sia dan berdosa.
Puteri-puteri Islam sejati!
Perlu juga kalian merebut peluang memanjatkan doa pada waktu-waktu yang terbaik untuk berdoa;

Selepas mengerjakan solat fardhu
Waktu diantara azan dan iqamah
Ketika bersujud di dalam solat
Selepas solat subuh Subuh sebelum matahari terbit
Waktu tengah malam/ sepertiga malam
Ketika berpuasa
Sewaktu bermusafir/ dalam perjalanan
Pada malam Jumaat dan malam Lailatul Qadar
Waktu di antara dua khutbah.
Pada waktu kita teraniaya dan dizalimi
Di samping itu setiap kali berdoa sebaik-baiknya menepati adab-adab berdoa;

Sebelum berdoa sebaiknya dalam keadaan bersih, berwudhu’ dan mengadap kiblat.
Memulakan doa dan mengakhirinya dengan memuji Allah SWT dan membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w.
Hati mesti hadir, khusyuk, tenang dan penuh berharap Allah mengabulkan doa kita.
Berdoa dengan suara perlahan dan mengangkat tangan separas hidung. Merapatkan kedua tapak tangan dan setelah selesai berdoa, menyapukan tapak tangan ke muka.
Doa permohonan itu sebaik-baiknya diulang-ulang sebut sebanyak tiga kali.

Puteri-puteriku yang dikasihi kerana Allah,
Sesungguhnya zikir dan doa yang diungkapkan sewaktu berseorangan dan sunyi sepi, memberi pengaruh mendalam pada jiwa. Terutama tatkala airmata bercucuran kerana menginsafi kesilapan dan dhaifnya diri di hadapan Allah. Segenap pengharapan memenuhi jiwa memohon limpah hidayah dan rahmat Allah. Keadaan kudus sedemikian membina keyakinan padu serta bekalan yang bermanfaat untuk hari-hari mendatang...

Juga semoga di akhirat nanti kita akan digolongkan di kalangan hamba-hambaNya yang beroleh naungan dari Allah.

Sama-sama kita tangguhkan dengan doa;

“Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu. Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu. Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.

Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah kurniakalah kami deen (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.

Kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ya Allah , iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yang bersama-sama kami.

Jangan ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau hanya sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari itu.

Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan, kabulkanlah doa kami”.


Wassalam.

Thursday, May 21, 2009

PEMAKANAN ISLAM

Bismillahirrah manirrahim

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia
keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan -
penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :


1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai "shifa’" iaitu penyembuh penyakit. Manisan
madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia
adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan
kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin
hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan
kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan
bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat
merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa,
lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hatiiv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi
iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan
badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan
berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan
oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin,
mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan
merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w
menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal,
memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang
terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan
lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh
Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan
yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral,
vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur,
natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda
Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah
(kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya
memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi
masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang
terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah
atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan
dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok
untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah
delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama
40 hari."

DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala.
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah
ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur
burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga
boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan
memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar
zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa
r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta
dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin
dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio
dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk
meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang
pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa
Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein
yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-
kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi
s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga
berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan
labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang
kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Sunday, May 3, 2009